Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

Pintu Allah

round maze
Pertama kali dengar tentang konsep tapisan-tapisan Allah. Aku rasa konsep ni kejam. X (bukan nama sebenar) bagitahu kami bahawa kita sang pendamba jalan lurus akan tertapis oleh tahap komitmen kita terhadap program-pogram yang dirancang mereka. Semakin susah kita memberi komitmen, semakin tertapislah kita.

Mungkin orang lain akan rasa takut dan gerun, terus tanpa berbelah bagi dan membuta tuli patuh. Supaya tidak tetapis. Takoot kan kalau Allah tapis kita dari orang-orang yang diredhainya.

Tapi, tahukah kawan-kawan yang Ariff semua. Allah tak mengatur sistem tarbiyahnya sebijik macam sistem pendidikan negara. Siapa tak lepas level akan ditinggal, dianggap bebal, tak ada potensi.

Yakin itu, yakin bahawa tarbiyah untuk setiap kita telah dirangka sempuna, personalized dan berbeza sama sekali. Bukankah Allah telah janji, Dia tak akan beratkan ujian sesuai dengan kemampuan kita?

Adilkah untuk mengatakan, A telah diredhai kerana dia berjaya menghadiri program T sedangkan B tersangkut akibat masalah keluarga?

adapun mungkin Program T tak berapa disukai oleh C maka dia pergi ke Program G. Mungkin ada D yang tak pergi kemana-mana program tapi dia mengatur gerak kerja poduktif ikhlas kerana Allah. Siapa tahu?

Kita semua dapat kertas periksa lain-lain. Yang pentingnya jika tersangkut di pintu 1, teruskan berlari ke pintu 2,3 dan 4.

Tapisan Allah itu ada. tetapi jangan lupa bahawa jalan terlalu banyak terbentang. Terlalu banyak.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Unknown said...

Fuh, setuju sejuta kali

Post a Comment