Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

Mudahnya Hidup

Bismillahirrahmanirrahim

Sepanjang minggu lepas memang terasa batu beban timpa atas kepala dalam kelajuan yang membimbangkan. Akibatnya rasa nak tidur je memanjang. Kalau boleh mandi dalam duvet pun tak kisah. Pendek kata semua perkara yang memerlukan pelaburan tenaga akan mengambil masa yang teramat lama.

[credit]



dalam fikiran ketika bergolek dalam duvet

  rasa dahagalah pulak

mata melilau cari air dekat lantai. Tangan cuba menggapai. Sikit lagi... Sikit lagi... jauh sangat


  huh, tak payahlah minum.

kawan sebilik menggolekkan mata - unbelievable

[credit]


Mungkin kita cuma malas? Atau kita ada penyakit lemah otot? Cuma Allah dan diri kita sendiri saja ada jawapannya. Dalam kepompong duvet itu, fikiran terus dibanjiri dengan pelbagai paranoia yang melampau. 


nanti aku jadi tua dalam duvet ni


 nanti muka akan kembang macam kembang semangkuk sebab banyak tidur macam mana nak kawen kalau tak kuar? Aku akan keseorangn sepanjang hidup!!



Habis tu? Bangun je lah dari katil tu. Hakikatnya, our body is design to struggle. Kita dah pun hidup dalam zaman jom-permudahkan-segalanya di mana teknologi jadi kuli kita. Persoalan untuk kita ialah "ke mana kita nak simpan tenaga remaja yang berkati2 kat tangan dan kaki tu?" simpan dalam kek lapis kat perut?


kek lapis korang yang mana satu? xD [credit]


Hohoho, pastinya Tidak. Kek lapis simpan lama2 pun habis basi. Kalau kita bermalasan sekarang, kita akan terlepas masa muda kita. Tak mustahil kita akan menyesali kejahilan ini bila dah tak kuat nak angkat beg membeli-belah dua tiga plastik. dan rasa marah menguasai diri. WHY?

[credit]

Apalagi kengkawans sekalian?
 [credit]

Ya ayyuhal mudathsir, qum faanzir!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment