Kadangkala dalam hidup kita melalui pelbagai situasi konflik tentang kehidupan beragama. Dalam surah Al-Kahfi diceritakan 4 situasi dimana Kuasa dan Kebenaran akan berada dalam posisi yg berbeza. Jadi,kita tengok apa yang insan-insan terpilih yg diberi screen-time dalam Al-Quran secara spesifik. Kita ambil ibrah dari tindakan yg mereka ambil.
Mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.
bayangkan masa diambang kiamat, kita sangat vulnerable kepada fitnah dajjal, mungkin orang sekeliling kita, yg paling rapat dengan kita akan merasakan apa-apa yang dajjal buat itu adalah satu bentuk kebenaran (sebab dajjal ada kuasa untuk menipu pandangan kita dan buat apa saja yg akan mempengaruhi kita). Even sekarang ni pun ramai yang suka terpesona dengan benda-benda ajaib macam awan membentuk kalimah Allah. Takkanlah perlu keajaiban baru nak ingat Allah? Dan bayangkan, kalau kita antara orang yang sedar dan berkata : Ini tipu daya! tapi diantara ramai tu cuma sedikit saja yang sedar realiti sebenar. Maka kita pun pasti akan berdoa sepertimana pemuda-pemuda gua berdoa.
Jadi sangat relevan kenaa kita kena baca Al-Kahfi setiap jumaat dan hafal 10 ayat pertama. Semoga Allah pelihara kita dari fitnah dajjal.
akan bersambung dengan kisah pemilik kebun








0 comments:
Post a Comment